Friday, 25 January 2013

PROTES

teMasa Menifestasi Teater Kuala Lumpur bulan Mei hari tu saya diberi peluang untuk join sama mementaskan cerita Protes hasil karya Dinsman neh. Menifestasi neh berlangsung selama seminggu di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKWPKL). Tarikh pementasan kteorang hari tuh adalah 11 Mei 2012 (jumaat) dan kteorang daripada group Dramatis Kuala Lumpur (DKL) merupakan group pertama untuk show neh. Gugup sume ada sbb masih baru.. haha.. Kteorang berlatih Protes ni bermula daripada bulan mac - mei. 3 bulan juga. Tapi kan siyesss.. saya rasa masih belum cukup masa tuk berlatih.. hmm.. ape2 je lah..

Sedikit sinopsis cerita ni daripada sudut fahaman dan lakonan kteorang.

PROTES adalah hasil karya DINSMAN. Protes menceritakan tentang imaginasi seorang pengarang (watak) yang menciptakan watak-watak dalam dramanya. Pengarang dalam cerita ini telah menciptakan watak Adam, Eva, Logos dan Isteri Logos. Dalam cerita ini, Adam dijadikan sebagai seorang yang berwatak baik manakala Logos dijadikan seorang yang berwatak kontra dengan watak Adam (jahat). Eva pula dijadikan untuk bercinta dengan Adam dan telah menimbulkan konflik apabila hubungan mereka telah diketahui abangnya, Logos. Timbul perbalahan antara Logos dan Adam sehingga akhirnya Logos terbunuh di tangan Adam. Isteri Logos yang melihat Logos tidak bernyawa lagi kemudiannya bertindak membunuh Adam. Ini telah membuatkan Eva yang terlalu menyintai Adam tidak dapat menahan perasaan sehingga dia sendiri membunuh kakak iparnya (isteri Logos) dan kemudiannya membunuh diri kerana tak sanggup hidup tanpa Adam. Pengarang kemudiannya bersorak dengan ape yang berlaku tetapi dia tiba-tiba dihantui suara yang memprotes tindakannya yang menjadikan manusia berkonflik dan bersengketa. Akibat daripada suara-suara yang mendesak seolah menjadi igauan buruk kepadanya membuatkan dia menjadi tidak keruan dan rebah.

                                                kenangan masa latihan Protes di DBP


 Dalam citer ni saya memegang watak Eva. Watak yang agak berat bagi first timer macam saya neh. baru nak merangkak dalam bidang teater. Huhh.. masih terasa lagi kekecewaan kerana ketidakpuasan mementaskan cerita nie.. Tp nak wat mcm mana kan, nasi dah jadi bubur. Masa pentaskan citer ni ada beberapa kesilapan yang telah kteorg buat. huhu.. down gler time tu kat atas stage sbb masalah lupa dialog.

                                             Eva, Adam, Pengarang, isteri Logos dan Logos

Ni lah beberapa keping gambar sebelum, semasa dan selepas pementasan.

                                          isteri Logos mekapkan Logos.. romantik gitu.. hehe..


                        sedang mempersiapkan ruang pentas.. saya dok kerusi warna kuning.. hehe..


                                          sebelum pementasan : dengar penerangan pengarah


                                                   bergambar sebelum pementasan bermula

                        Eva tengah marah, sedih dan dendam.. bertindak untuk bunuh kakak iparnya

                           pengarang dihantui suara dan gangguan daripada watak-wataknya sendiri

                                                   detik-detik kebangkitan watak-watak

                                                       pementasan berakhir..huh.. lega..

                                         pelakon dan rakan-rakan DKL yang datang membantu

                                                    kawan-kawan dalam kenangan..

                                                  hiasan dan pameran hasil tangan adik Juwita

                                                             gambar para pelakon

Walaupun pementasan teater ni tak terjadi seperti yang diharapkan, namun saya tetap berterima kasih kepada cikgu saya dan juga seluruh warga DKL sbb beri saya peluang untuk belajar sampai ke tahap neh.. hehe.. dah jadi mcm ucapan perpisahan plak,, ape-ape pun, ianya tetap satu pengalaman yang menarik dan saya berharap saya dapat peluang tuk berada di atas pentas lagi dengan keyakinan dan azam baru.. kihkihkih.. kerana minat, kan ku teruskan mencari peluang.. rindu lampu-lampu itu.. hmm









No comments:

Post a Comment